Thursday, July 14, 2011

Bila Rindu Datang Bertandang...........

Bila rindu datang bertandang..

Datang mu tanpa diundang..

Setelah lama memori lama ku benamkan…

Jauh di dasar kolam kehidupan….

Bila rindu bertandang…

Kau bawa sekali kenangan silam..

Yang tak mampu dapat ku lupakan…

Yang tak mungkin luput dalam ingatan…


Bila rindu datang bertandang…

Diri mu dah lama menghilang..

Tinggal diri ku didalam dirundung malang..

Pergi mu tiada sebarang pesan…

Bila rindu datang bertandang..

Aku tak dapat menghalang..

Air mata ku berlinang..

Mengenang nasib untung badan…

Kini…

Bila rindu datang bertandang..

Dihujung sisa hidup ku..kau pulang..

Menceritakan derita mu...

Semasa bersama dia yang kau sayang….

Bila rindu datang bertandang…

Setelah kau gagal menjejak pelangi petang..

Kau rayu aku pulang….

Menyambung kembali jejak yang telah kau tinggal kan..

No comments:

Post a Comment